Antara ciri menarik pada Android 13 adalah, ia akhirnya menyokong Bluetooth LE Audio. Ia turut boleh menyokong codec LC3 yang membenarkan penstriman audio berkualiti tinggi dengan sela masa rendah. Buat masa ini, hanya Samsung yang sudah mengesahkan produk mereka sedia menyokong ciri ini tidak lama lagi. Produk ini adalah TWS baharu mereka, Galaxy Buds2 Pro.

Terkini menurut MacRumors, Apple telah memfailkan produk baharu di laman Bluetooth SIG. Produk ini dilihat adalah sejenis aksesori audio dengan sokongan Bluetooth LE Audio. Walaupun yang Apple senaraikan menyatakan produk ini akan menyokong Bluetooth 5.3, besar kemungkinan yang akan dilancarkan nanti adalah Bluetooth 5.2.
Dengan Apple yang turut mementingkan kualiti audio, ciri ini amat penting untuk disertakan. Tetapi tidak pasti lagi jika aksesori audio baharu ini dengan Bluetooth LE Audio adalah untuk produk seperti AirPods Pro atau Beats generasi baharu. Ada kemungkinan juga yang apa yang Apple failkan ini adalah untuk aksesori audio sedia ada yang akan menerima kemaskini perisian.