Sebanyak RM450 Juta NFT Telah Dicuri Sepanjang 2022 – Elliptic

Diterbitkan pada Ogos 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun 2020 dan 2021, NFT ataupun Non-Fungible Token merupakan sebuah aset digital yang paling banyak diperdagangkan dengan tanda harga dan nilai yang tinggi. Sewaktu jangka masa tersebut, ramai individu berkepentingan dan banyak syarikat-syarikat dan jenama global juga telah mula melaburkan wang mereka terhadap pembangunan infrastruktur dan kandungan NFT.

Walaupun dua tahun tersebut memperlihatkan nilai NFT meningkat secara mendadak, pada pertengahan tahun ini nilai untuk aset-aset kripto tersebut dilihat menjunam secara mendadak apabila nilai kriptowang sendiri dilihat menaik dan menurun dengan kadar yang agak tidak menentu.

Bukan itu sahaja, banyak laporan sepanjang tahun ini yang mengatakan bahawa kriptowang dan NFT banyak dicuri daripada pemilik dan sehingga kini tiada cara untuk mereka mendapatkannya kembali. Ia dilaporkan bahawa menjelang Julai 2022, jumlah kes kecurian NFT yang dilaporkan adalah sebanyak 4647 kes pada tahun ini.

Elliptic, sebuah syarikat penyelidikan rantaian blok baru-baru ini telah mengeluarkan laporan yang mengatakan bahawa NFT bernilai $100 juta ataupun RM450 juta telah dicuri sepanjang tahun ini melalui isu kerentanan sekuriti rantaian blok ataupun penipuan.

Twitter NFT Profil

Teknik penipuan merupakan salah satu cara utama untuk untuk mencuri NFT, dengan Elliptical mengatakan bahawa 23 peratus daripada kes kecurian NFT pada tahun ini dimulakan melalui kompromi dan kerentanan daripada platform media sosial.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa platform perdagangan NFT yang digunakan sebagai platform pengubahan wang sejak tahun 2017 kerana ketiadaan penguatkuasaan undang-undang kerana pada waktu tersebut, ini masih adalah sebuah industri yang tidak begitu dikenali umum.

komen


© Amanz / 2022 Kami