Carian
Mozilla Firefox Untuk Android Akhirnya Menyokong Ciri Mengisi Alamat Secara Automatik
August 25, 2022 Fahim Zahar

Pelayar web seperti Chrome untuk Android sudah bertahun menyokong ciri auto-isi alamat. Malah sehingga hari ini, sistem auto-sisi pada Chrome masih lagi antara yang terbaik termasuk mengisi nama pengguna dan kata laluan.

Terkini akhirnya, Mozilla Firefox untuk Android menyokong ciri auto-isi ini. Dalam kemaskini versi 104, pengguna Android yang menggunakan Firefox 104 akan boleh mengisi alamat pada laman web secara automatik.

Pengguna hanya perlu pergi ke tetapan aplikasi dan mengisi butiran alamat untuk disimpan. Jika membuka laman web membeli-belah, atau mana-mana pendaftaran jika alamat diperlukan sistem akan mengisinya secara automatik dan tidak lagi perlu menaip satu demi satu.

Untuk Firefox 104 pada Windows dan macOS, kemaskini baharu ini kini boleh mengurangkan penggunaan tenaga dan membuatkan peranti pengguna jimat bateri. Pelayar web ini akan kurang menggunakan kuasa jika pelayar web tidak aktif. Di samping itu, pengguna Windows 11 dan macOS dengan Mac M1 boleh menyemak status penggunaan kuasa untuk setiap laman web secara individu.

Komen