Cari @ Amanz

Toshiba Malaysia hari ini melancarkan siri televisyen pintar Toshiba M550L untuk pasaran tempatan. Siri ini adalah penambahbaikan daripada siri M550 yang dilancarkan sebelum ini. Ia ditawarkan dalam saiz 50″, 55″ dan 65″ dengan kesemua panel menyokong resolusi 4K HDR dengan panel dari jenis Quantum Dot.

Ia boleh memaparkan kandungan HDR10+ dan Dolby Vision bergantung kepada platform yang menawarkannya. Sistem operasi yang digunakan ialah Google TV dan pada waktu sama turut menyokong AirPlay 2 bagi memudahkan pengguna ekosistem Apple memancarkan kandungan dari peranti ke TV. Kualiti visual yang tinggi dapat dinikmati kerana penggunaan cip REGZA Engine 4K Pro.

Turut disertakan ialah mod gaming Auto Low Latency Mode (ALLM) and Variable Refresh Rate (VRR). Sistem audio REGZA Power Audio Pro pula mempunyai output 49W yang turut menyokong Dolby Atmos. Televisyen pintar Toshiba Ultra 4K TV M550L dijual pada harga RM2599 (50″), RM 3199 (55″) dan RM4399 (65″).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd