Vivo Dilaporkan Mungkin Melancarkan X80 Pro+ Pada September

Diterbitkan pada Ogos 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Vivo X80 telah dilancarkan sebelum ini dengan dua model berbeza yang terdiri dengan X80 dan X80 Pro. Kedua-duanya hadir sebagai peranti mercu yang memberikan tumpuan terhadap kemampuan fotografi yang baik. Di Malaysia, Vivo X80 dijual pada RM4,999, sementara itu Vivo X80 pula berharga RM3,499.

Terbaru, terdapat laporan mengenai sebuah lagi peranti terkini Vivo di bawah siri X yang dikhabarkan bakal hadir dalam masa terdekat ini. Memetik sumber GSMArena, peranti berkenaan tidak akan menjadi variasi siri X80 yang dinaik taraf, sebaliknya ia dipercayai tiba sebagai produk baharu. Justeru, terdapat kemungkinan peranti tersebut akan dikenali sebagai Vivo X80 Pro+.

Vivo X80 Pro

Menurut jangkaan awal, peranti tersebut mungkin dijana dengan Snapdragon 8+ Gen 1 bersama sokongan sistem kamera yang dinaik-taraf. Khabar angin menyatakan, sensor 50MP Samsung ISOCELL GN1 dan 50MP Samsung ISOCELL GN2 bakal digunakan dengan padanan sensor ultra-lebar 50MP dan 48MP seumpama X80 Pro.

komen


© Amanz / 2022 Kami