Adalah kita sudah bersedia untuk diperintah oleh kecerdasan buatan? Di Denmark kolektif seni Computer Lars telah menubuhkan Parti Sintetik dengan ketua parti politik ini ialah sebuah kecerdasan buatan. Parti ini kini sedang mengumpul undian yang mencukupi bagi membenarkan ia bertanding dala pilihanraya Denmark.

Antara manifesto Parti Sintetik ialah menaikkan gaji minima ke 100,000 Krone (~RM60,138) dan ingin memperkenalkan pengguna algoritma dalam aktiviti politik moden. Untuk dibenarkan bertanding dalam pilihanraya, Parti Sintetik perlu mendapat sekitar 21,000 tanda tangan sokongan. Oleh itu orang ramai yang berminat boleh berinteraksi dengan kecerdasan buatan menerusi perkhidmatan Discord untuk membincangkan isu semasa.
- Sumber
- Sumber – AFP