Adalah monitor melengkung sebuah gimik? Sebagai pengguna monitor rata, boleh kami katakan ia sekadar gimik kerana hanya benar-benar berguna ketika sesi permainan video tetapi bukan untuk perisian kerja. Hari ini Corsair XENEON FLEX 45WQHD240 OLED dan ia adalah monitor pertama yang boleh digunakan secara melengkung atau rata mengikut keperluan pemilik.
Ia dilengkapi skrin 45″ OLED boleh lentur yang dihasilkan oleh LG. Pengguna boleh menggunakannya dalam kedudukan rata seperti monitor konvensional atau melengkungkan skrin dengan jejari 800R. Skrin mempunyai nisbah 21:9 dan menyokong kadar segar semula sehingga 240Hz. Sokongan NVIDIA G-SYNC dan AMD FreeSync Premium turut diberikan kepada monitor gaming premium.

Panel OLED boleh lentur ini dipasang pada bingkai yang bebas dilentur oleh pengguna. Menurut Corsair, dalam ujian yang dilakukan skrin boleh tahan dilentur sehingga 10,000 kali sepanjang hayatnya. Corsair XENEON FLEX 45WQHD240 OLED akan dilancarkan menjelang penghujung 2022 tetapi hari belum diumumkan lagi.

- Sumber
- Sumber- Corsair