Cari @ Amanz

Sony hari ini mengumumkan peningkatan harga jualan untuk konsol PlayStation 5 mereka, termasuk untuk pasaran Malaysia.

Dengan peningkatan ini, kini PlayStation 5 versi Ultra HD Blu-ray dijual pada harga RM2499. Sementara PlayStation 5 Edisi Digital pula dijual pada harga RM2069.

PlayStation 5

Ini memperlihatkan peningkatan harga sebanyak RM200 berbanding sebelum ini, dimana masing-masing adalah RM2299 dan juga RM1869.

Sony mengatakan peningkatan ini adalah disebabkan oleh kadar inflasi dan juga tukaran matawang.

Sony PlayStation 5 sedia agak sukar untuk didapati di pasaran, dan tidak diketahui sama ada peningkatan harga ini akan memberikan sebarang kesan ke atas permintaannya atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd