Sony Menjadualkan Pelancaran Xperia Baru Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony menerusi kemas kini baharu di laman media sosial rasmi mendedahkan bahawa sebuah acara pelancaran khas bakal diadakan pada 1 September 2022. Melaluinya, mereka bakal mengumumkan model kemas kini baharu untuk peranti di bawah siri Xperia.

Maklumat lanjut mengenai peranti masih menjadi tanda tanya berikutan pihak Sony belum mendedahkan secara khusus. Ada desas-desus yang mengatakan Sony Xperia 5 IV mungkin diperkenalkan tetapi ia sekadar ramalan awal semata-mata buat masa ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Sony secara rasminya minggu hadapan.

Xperia 1 IV
Sony Xperia 10 IV
Xperia 10 IV

Pada tahun ini, Sony sedia memperkenalkan Xperia 1 IV dan Xperia 10 IV yang masing-masing telah ditawarkan di Malaysia. Bagi yang berminat, Xperia 1 IV dijual pada RM6,099, sementara itu Xperia 10 IV pula berharga RM2,099.

komen


© Amanz / 2022 Kami