Carian
Kini Semua Boleh Daftar Alamat Emel Privasi DuckDuckGo Dengan Akhiran @duck.com
August 25, 2022 Aman

DuckDuckGo, salah satu perkhidmatan enjin carian yang memfokuskan kepada privasi, turut telah hadir dengan perkhidmatan perlindungan emel sebelum ini. Ketika pengenalan, ia ditawarkan secara terhad, dan hari ni DuckDuckGo akhirnya membuka pendaftaran alamat emel @duck.com ini kepada semua.

Melalui alamat emel @duck.com, ia menawarkan khidmat perlindungan ke alamat emel sebenar, dan apabila anda menggunakannya, ia akan menapis penjejak yang disertakan pada emel daripada sampai ke alamat emel peribadi anda.

Penggunaan ini juga amat sesuai pada era masa kini yang memerlukan pendaftaran pelbagai perkara menggunakan alamat emel – termasuk diskaun untuk edagang, pendaftaran buletin dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi DuckDuckGo di Android dan iPhone, seterusnya ke Settings > Email Protection. Sebagai alternatif juga, anda boleh ke halaman DuckDuckGo Email di desktop, memuat-turun pemalam khusus, dan mendaftar alamat emel anda hari ini.

Komen