Redmi Juga Tidak Lagi Memberikan Pengecas Dengan Pembelian Peranti

Diterbitkan pada Ogos 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Satu demi satu pengeluar mula mengikut langkah Apple dengan tidak lagi menawarkan pengecas dengan setiap pembelian. Terkini Redmi tidak lagi memberikan pengecas dalam kotak dengan setiap pembelian Redmi Note 11SE.

Peranti yang mula dijual di India minggu ini tidak akan hadir dengan pengecas walaupun ia sekadar menyokong pengecasan 18W. Tidak diketahui sama ada ini akan jadi permulaan Redmi tidak akan lagi menawarkan pengecas pada kesemua peranti mereka selepas ini masih lagi misteri. Xiaomi sebelum ini juga tidak menawarkan pengecas pada peranti Mercu tetapi di Malaysia ia masih diberikan pada model tertentu.

komen


© Amanz / 2022 Kami