Carian
Sebahagian Kod Sumber LastPass Dicuri Tetapi Kata Laluan Pengguna Masih Selamat
August 26, 2022 Effi Saharudin

Minggu ini ialah minggu yang dipenuhi pelbagai kes besar melibatkan data pengguna tertiris selepas digodam. Pagi ini LastPass pula mengumumkan sebahagian kod sumber dan maklumat teknikal khusus mereka telah dicuri dalam kejadian yang berlaku dua minggu lalu.

Sungguhpun begitu LastPass tidak menemui sebarang bukti data peribadi pengguna dan kata laluan yang telah disulitkan berjaya dicuri oleh penggodam. Selepas akses tanpa kebenaran dikesan, LastPass telah mengambil langkah-langkah membendung kejadian yang sama daripada berlaku serta meningkat tahap keselamatan sistem.

[sumbr] Sumber – LastPass [/sumber]

Komen