Cari @ Amanz

IQOO Z6 dan IQOO Z6x telah dilancarkan di China sekaligus menjadi penawaran baharu buat jenama berkenaan. Penawaran iQOO Z6 untuk pasaran China dilihat berbeza dengan model di India sebelum ini, baik dari segi perkakasan dalaman dan reka bentuk.

Melaluinya, IQOO Z6 dilengkapi skrin IPS LCD sebesar 6.64-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 778G+, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan dalaman dan mencapai 256GB UFS3.1. Bateri pula sebesar 4,500mAh dengan pengecasan 80W yang mampu mengecas mencapai 50% dalam hanya 10 minit. Seterusnya, kamera utama terdiri dengan 64MP (OIS) + 2MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 8MP.

IQOO Z6z pula menggunakan skrin IPS LCD sebesar 6.58-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Ia turut dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 810, memori sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman mencapai 256GB. Kapasiti bateri pula 6000mAh yang turut menyokong sistem pengecasan 44W. Kamera utama terdiri dengan 50MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula 8MP.

Di China, iQOO Z6 dijual pada RMB1699 (~RM1109) (8GB/128GB), RMB1899 (~RM1239) (8GB/256GB) dan RMB2099 (~RM1370) (12GB/256GB). Seterusnya, iQOO Z6x pula berharga RMB1199 (~RM782) (6GB/128GB), RMB1399 (~RM913) (8GB/128GB) dan RMB1599 (~RM1043) (8GB/256GB). Sehingga kini, masih tidak diketahui bilakah jenama iQOO bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd