Jack Dorsey Berkata Twitter Menjadi Sebuah Syarikat Ialah Kekecewaan Terbesar Beliau

Diterbitkan pada Ogos 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apakah kekecewaan peribadi anda? Tidak belajar dengan elok di sekolah? Tidak mengambil jurusan yang diminati di kolej? Bagi Jack Dorsey, pengasas Twitter kekecewaan terbesar beliau ialah perkhidmatan media sosial ini menjadi sebuah syarikat.

Dalam jawapan yang diberikan di Twitter, Dorsey berkata Twitter sepatutnya menjadi protokol seperti emel. Apabila ia menjadi protokol, tiada satu syarikat atau negara yang boleh mengawalnya seperti yang telah berlaku kepada Twitter sekarang.

Twitter bergolak sejak Elon Musk mengumumkan beliau ingin membeli platform sebelum membatalkan hasrat sehingga disaman. Minggu ini pula Peiter “Mudge” Zatko, bekas ketua sekuriti Twitter mendedahkan dokumen bahawa keselamatan data pengguna terdedah kepada bahaya kerana ia boleh diakses lebih separuh kakitangan Twitter sehingga ada yang dituduh bekerja sebagai ejen perisikan negara tertentu.

komen


© Amanz / 2022 Kami