Steam ialah sebuah platform pembelian permainan yang paling popular di dunia sekarang, dan merupakan salah satu daripada beberapa perkhidmatan yang mempunyai aplikasinya sendiri yang membolehkan pengguna untuk membeli dan memasang permainan secara jarak jauh.
Terkini, Valve dilihat sedang menguji aplikasi Steam baru untuk platform Android dan iOS melalui sebuah ujian beta yang terhad kepada beberapa ribu pengguna. Perbezaan terbesar yang dapat dilihat pada aplikasi terbaru ini ialah pada rekaannya, dimana ia kini mempunyai bar navigasi di bahagian bawah aplikasi tersebut, dan juga ikon-ikon yang digunakan dalam Library dan Store.
Ujian beta untuk aplikasi tersebut sudahpun boleh diakses melalui laman web ini untuk pengguna-pengguna peranti Android dan Apple, tetapi untuk peranti iPhone, ia terhad kepada 10,000 pengguna sahaja dan hanya boleh diakses melalui perisian TestFlight.
Ia tidak diketahui lagi bilakah Valve akan memperkenalkan aplikasi ini secara terbuka.