Harga Bawah RM2000 Tapi Boleh Dapat Kamera Canggih Dengan HONOR 70

Diterbitkan pada Ogos 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan tangkapan terbaik bagi setiap sudut gambar kalau tahu cara. Jika anda bijak memilih sudut sudah pasti hasilnya seperti yang diharapkan. Tambahan pula, setiap orang yang kreatif mempunyai cara tersendiri untuk mengekspresi sesuatu. Begitu juga dengan pemilihan telefon pintar yang sesuai. Mengapa kami katakan begini?

Zaman sekarang ini kita lebih banyak mengambil gambar menggunakan telefon pintar. Bukan sahaja memudahkan, malahan kebanyakan telefon pintar masa kini sudah boleh memberi hasil gambar yang berkualiti tinggi. Oleh demikian, dalam artikel kali ini kami kongsi kepada anda salah satu telefon pintar baharu yang dilengkapi sistem kamera serba canggih iaitu HONOR 70.


Terawal Dengan Sensor Sony IMX800

Pasti anda tertanya-tanya apakah keistimewaan pada HONOR 70 yang membuatkan telefon pintar ini boleh menghasilkan gambar berkualiti tinggi. Menerusi HONOR 70, kecemerlangan mereka dalam kemampuan fotografi semakin jauh ke hadapan. Ini adalah telefon pintar terawal yang dilengkapi dengan sensor Sony IMX800. Kehebatannya tidak boleh disangkal lagi terutama apabila digunakan dalam persekitaran yang kurang cahaya.

Melaluinya, ia menggunakan sensor bersaiz 1/1.49 inci dan aperture sebesar f/1.9 yang menjadi keistimewaan telefon pintar itu sendiri. Selanjutnya, meningkatkan pengalaman fotografi anda ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sebagai perbandingan, Sony IMX800 dikatakan mempunyai julat dinamik 23% lebih baik daripada Sony IMX766 yang sering digunakan pada sejumlah peranti mercu sebelum ini.

Justeru itu, ia membolehkan HONOR 70 menghasilkan gambar dengan butiran yang terperinci sepenuhnya walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Tidak dapat dinafikan, fotografi low-light sememangnya salah satu yang paling sukar untuk dihasilkan disebabkan oleh persekitaran yang mempunyai cahaya minima. Dilema ini bagaimanapun boleh diselesaikan dengan HONOR 70 dengan kemampuan menangkap gambar yang bagus dalam pencahayaan rendah. Kehebatan ini diserlahkan lagi dengan gabungan HONOR Image Engine yang sangat membantu khususnya dalam peningkatan kualiti gambar untuk pelbagai senario. Misalnya seperti Night Potrait, Backlighting Portrait, Backlighting Landscape, Super Macro dan HD Selfie.


Gabungan Kebolehan Ultra-Lebar Dan Makro Dalam Satu Kamera

Seterusnya apa lagi yang boleh diharapkan daripada sebuah peranti kelas pertengahan tetapi sistem kamera serba canggih ini? Mungkin ramai yang tidak perasan ia dibekalkan kamera ultra-lebar dan makro sebesar 50MP. Ia dianggap sebagai salah satu tarikan yang menarik sebabnya kebanyakan telefon pintar dalam kelas dan julat harga yang sama masa kini hanya menawarkan lensa ultra-lebar sebesar 8MP atau 12MP. Tetapi HONOR 70 tampil dengan sisi berbeza berbanding pesaing serata menerusi penggunaan sensor 50MP untuk kebolehan tangkapan gambar ultra-lebar.

Melihat situasi sekarang, orang ramai dilihat dapat berkumpul semula tetapi masih perlu terus berwaspada dengan penularan virus. Maka, ramai di antara kita mengambil peluang untuk bertemu dengan merakam kenangan berharga dengan mengambil gambar atau video seberapa banyak yang mungkin. Dengan kamera ultra-lebar pada HONOR 70, tangkapan gambar secara beramai-ramai menjadi lebih mudah tanpa perlu berhimpit. Ia mampu menangkap gambar bersudut pandang seluas 122 darjah serba baharu yang mana mampu memuatkan lebih ramai subjek ke dalam satu tangkapan. Sebagai tambahan juga, kamera yang sama turut boleh digunakan untuk mengambil gambar makro yang dekat sehingga 2.5cm untuk hasil yang tampak berseni.


Idea Di Luar Kotak Dengan Solo-Cut Mode

Perlu dikatakan di sini, HONOR 70 juga sebenarnya dihasilkan buat para pencipta kandungan atau lebih dikenali sebagai content creator. Penghasilan kandungan video yang menarik memerlukan seseorang berfikir di luar kotak bagi menjadikannya kekal relevan mengikut arus zaman. Dalam masa sama, ia turut bantu mengelakkan para pengikut atau penonton berasa bosan dengan konsep yang disampaikan. Penyelesaian ini boleh ditemui pada HONOR 70 yang kini dimuatkan dengan ciri serba baharu dinamakan Solo-Cut Mode.

Ia membolehkan dua rakaman video berkualiti 1080P/30fps dibuat dalam satu bingkai. Dalam bahasa mudahnya, ia a berfungsi seumpama ciri Dual-View yang terdapat pada HONOR 50 sebelum ini tetapi lebih menarik dengan kebolehan menjejak objek tertentu di dalam video. Usah risau soal kualiti sebabnya kedua-dua video mampu memaparkan rakaman yang berkualiti tinggi bersama hingar yang minima. Sebagai tambahan, teknologi Dual Beauty Effect dan Dual Image Stabiliation turut disertakan untuk hasil kandungan video yang yang tiada tolok bandingnya.


Kemasan Tampil Sisi Berbeza

Crystal Silver, itulah salah satu nama pilihan HONOR untuk telefon pintar ini. Penggunaan nama Crystal itu sendiri jelas melambangkan sesuatu yang cantik untuk mata memandang kerana sifatnya yang berkilauan. Sama seperti konsep yang digunakan pada HONOR 70 yang dikemaskan dengan panel belakang yang dilengkapi motif berbentuk berlian cukup cantik apabila terdapatnya pantulan cahaya. Ia adalah hiasan yang istimewa kerana direka dengan teliti bagi menyediakan tawaran yang premium Sebagai pilihan, telefon pintar ini turut didatangkan dalam beberapa pilihan warna lain seperti Emerald Green dan Midnight Black yang menekankan pada konsep minimalis tetapi masih terdapat nilai yang premium.


Perkongsian lain mengenai telefon pintar ini, ia turut memuatkan skrin OLED FHD+ sebesar 6.67-inci dengan kadar segar semula mencapai 120Hz. Cip pemproses 6nm Snapdragon 778G+ turut digunakan dengan padanan memori dan storan yang cukup baik untuk kegunaan harian seperti 8GB/256GB. Bateri 4,800mAh dengan sistem pengecasan serba pantas 66W turut disertakan sebagai nilai tambahan menarik.

HONOR 70 telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga RM1,999 sebuah. Bagi yang berminat, pembelian untuknya turut disertakan dengan hadiah menarik bernilai hingga RM298 yang terdiri dengan kerangka eksklusif HONOR 70 dan waranti tambahan selama satu tahun. Maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi HONOR Malaysia untuk ketahui lebih banyak promosi dan produk menarik yang ditawarkan oleh mereka.

Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami