Cari @ Amanz

Komputer kerja desktop semua-dalam-satu (AIO) menjadi pilihan ramai pengguna kerana ia mengambil ruang meja yang lebih kecil dan kesemua komponen diletakkan dalam satu tubuh kompak. Hari ini HP 34” All-in-One Desktop PC telah dilancarkan dengan ia hadir dengan skrin 34″ 5K dengan nisbah lebar 21:9.

Cip Intel vPro Gen-12 pula dipadankan pula dengan cip siri NVDIA GeForce RTX, dan memori sehingga 128GB DDR5. Uniknya mengenai AIO ini ialah ia dilengkapi sebuah kamera web 16MP yang boleh disambung ke bahagian bingkai skrin menggunakan magnet. Kemudian ia turut boleh menggunakan dua kamera web serentak untuk menstrim daru dua arah berbeza.

Sistem audio ditala oleh Bang&Olufsen sementara pada bahagian tapak terdapat pengecas nirwayar Qi untuk telefon pintar. Di bahagian belakang terdapat 2X USB-C Thunderbolt 4, 4x USB-A, 1x RJ45 dan bicu audio 3.5mm. Pada bahagian tengkuknya pula terdapat 1x USB-C Thunderbolt 4, 2X USB-A dan pembaca kad SD. Harga jualan HP 34” All-in-One Desktop PC  bermula dari $2119 (~RM9480) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd