Komputer Tablet HP Dragonfly Folio G3 Hadir Dengan Cip Intel Gen 12 Dan Sokongan Stylus

Diterbitkan pada Ogos 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Komputer tablet Folio dari HP telah ditawarkan sejak beberapa tahun yang lalu dengan cip keluaran Qualcomm. HP Dragonfly pula ialah siri komputer riba untuk kegunaan korporat. Hari ini HP Dragonfly Folio G3 dilancarkan pula dengan menggabungkan ciri-ciri menarik dari kedua-dua keluarga produk.

Ia boleh digunakan dalam tiga mod ialah komputer riba, berdiri untuk menikmati kandungan video dan mod rata tablet sepenuhnya. Dragonfly Folio G3 hadir dengan skrin 13.5″ 3K, dijana cip Intel Core Gen-12, memori sehingga 32GB LPDDR5 dan storan sehingga 2TB.

Sebuah stylus boleh digunakan untuk melakar terus pada skrin. Ia menyokong gestur pada tubuh dengan ia disimpan pada sisi komputer menerusi sambungan magnet. Pengecasan secara nirwayar berlaku apabila ia disimpan dengan bateri dicas sepenuhnya dalam masa 30 minit.

Sistem kuad speaker ditala oleh Bang&Olufsen. Sementara itu papan kekunci Elite Premium yang diberikan mempunyai kemampuan kalis air. Sebuah kamera web 8MP diletakkan pada bezel dan ia boleh menjejak pergerakan subjek secara automatik menerusi ciri HP Auto Frame. HP Dragonfly Elite 3G akan dijual pada harga bermula $2379 (~RM10643).

komen


© Amanz / 2022 Kami