Carian
Lelaki Malang Di Itali Dikesan Menghidap Cacar Monyet, Covid-19 Dan HIV Secara Serentak
August 26, 2022 Effi Saharudin

Terdapat tiga penyakit yang cukup digeruni manusia sekarang iaitu cacar monyet dan Covid-19. Penyakit HIV pula pernah mempunyai status yang sama dengan Covid-19 tetapi dengan bantuan perubatan moden tidak lagi dianggap sebagai hukuman mati. Tetapi di Itali seorang lelaki malang dikesan menghidap ketiga-tiga penyakit ini secara serentak.

Lelaki berusia 36 tahun yang identitinya dirahsiakan menerima khabar buruk dikesan menghidap ketiga-tiga penyakit dalam tempoh masa seminggu bukan lalu. Beliau mengadu sakit kepala, deman dan sakit tekak selepas pulang dari bercuti d Sepanyol pada awal Julai. Apabila ujian dilakukan beliau disahkan menghidap Covid-19 dari varian Omicron BA.5.1.

Doktor kemudiannya menyedari beliau mempunyai kesan ruam pada tubuh sebelum ia menjadi lepuh pada tubuh yang merupakan simptom cacar monyet. Ujian dilakukan dan beliau kini disahkan dijangkiti penyakit tersebut. Selepas beberapa ujian darah diambil, beliau disahkan pula menghidapi HIV.

Kes yang tidak pernah dilaporkan berlaku sebelum ini telah diterbitkan dalam jurnal Journal of Infection. Kesilapan yang dilakukan beliau ialah mengadakan hubungan jenis ketika melancong tanpa menggunakan sebarang perlindungan.

Komen