Hisense kini hadir dengan televisyen pintar baharu dalam usaha mempelbagaikan penawaran produknya dalam kalangan pengguna di Malaysia. Melaluinya, Hisense U7H telah diperkenalkan yang tersedia dalam dua saiz skrin berbeza iaitu 55-inci yang dijual pada RM3,999. Sementara itu, model 65-inci pula berharga RM4,999.

Untuk spesifikasi khusus, Hisense U7H dilengkapi skrin 4K dengan kadar segar semula 120Hz Ultra Motion, di samping turut boleh memaparkan kandungan HDR10+ dan Dolby Vision. Turut disertakan ialah mod gaming Auto Low Latency Mode (ALLM) dan Variable Refresh Rate (VRR) yang diiklan mampu memastikan televisyen berfungsi secara optimum dengan masa tindak balas yang pantas. Khususnya, sewaktu televisyen disambungkan dengan sebarang peranti untuk permua.


Di samping itu, ia turut dilengkapi alat kawalan jauh terbina yang turut menawarkan kawalan pantas menggunakan suara. Seterusnya, sistem audio menggunakan pembesar suara 10W dengan sokongan teknologi Dolby Audio. Turut disertakan adalah sambungan port HDMI 2.1 eARC, USB dan Ethernet, serta Wi-Fi dan Bluetooth 5.0.