Cari @ Amanz

Duolingo ialah sebuah aplikasi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Di acara Duocon mereka baru-baru ini, Duolingo telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan Duolingo Math.

Duolingo Math akan hadir dengan dua komponen pembelajaran, iaitu Matematik dan juga Latihan Minda. Untuk matapelajaran matematik, ia akan terlebih dahulu hadir dengan kandungan untuk matematik tahap sekolah rendah yang lebih memfokuskan untuk memudahkan pemahaman konsep matematik mudah untuk kanak-kanak.

Untuk komponen latihan minda, ia akan memfokuskan terhadap kanak-kanak berumur 13 tahun dan keatas dengan latihan matematik dan juga kemahiran berfikir. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah Duolingo akan memperkenalkan aplikasi tersebut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd