Koleksi Aksesori Gaming Logitech Aurora Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada Ogos 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kebanyakan peranti gaming yang ditawarkan di pasaran sekarang hadir dengan rekaan berwarna hitam yang boleh dilihat sebagai sangat agresif. Jika anda mahukan setup aksesori gaming yang bukan sahaja hebat tetapi hadir dengan estetik berwarna putih yang lebih riang-ria, Logitech mungkin mempunyai beberapa pilihan untuk anda.

Logitech Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa siri aksesori gaming berwarna putih mereka, Logitech Aurora telah memasuki pasaran tempatan dengan penawaran empat peranti gaming, termasuklah tetikus, papan kekunci dan fon kepala.

Bermula dengan papan kekunci, dua model ditawarkan dibawah model Logitech Aurora, iaitu Logitech G713 Gaming Keyboard dan Logitech G715 Wireless Gaming Keyboard. Kedua-dua papan kekunci ini hadir dengan rekaan Tenkeyless yang lebih padat berbanding dengan papan kekunci bersaiz penuh.

Kedua-dua papan kekunci ini juga menggunakan suis mekanikal GX buatan Logitech sendiri dan hadir dalam pilihan suis linear, taktil ataupun clicky. Melalui perisian Logitech G Hub, pengguna juga boleh mengubahsuai tetapan pencahayaan RGB.

Untuk papan kekunci Logitech G715, ia juga tampil dengan sokongan untuk sambungan Lightspeed Wireless yang menjanjikan masa pendam yang sangat rendah, seperti anda menggunakan papan kekunci berwayar yang disambungkan melalui USB. Logitech mengatakan bahawa papan kekunci ini boleh bertahan selama 25 jam secara berterusan dengan satu pengecasan penuh.

Logitech G705 Wireless pula ialah sebuah tetikus gaming untuk mereka yang mahukan sebuah tetikus gaming yang hadir dengan saiz padat dan ringan. Tetikus iini direka untuk mereka yang mempunyai tapak tangan yang lebih kecil tetapi juga mahukan sesuatu yang tampil dengan prestasi gaming kelas premium.

Ia menggunakan sensor dengan DPI setinggi 8200 dan mempunyai enam butang yang boleh diubahsuai fungsinya bersama-sama dengan sistem pencahayaan Logitech Lightsync RGB melalui perisian Logitech G Hub.

Sama seperti papan kekunci G715, tetikus G705 ini hadir dengan sokongan teknologi Lightspeed Wireless yang menjanjikan masa pendam yang jauh lebih rendan berbanding dengan banyak tetikus gaming lain.

Melengkapkan ekosistem gaming Logitech Aurora ialah fon kepala gaming Logitech G735 yang hadir dengan rekaan mesra kaca mata dan subang. Pad telinga aksesori ini direka khusus untuk mereka dengan saiz kepala yang lebih kecil dan mempunyai rongga-rongga yang memudahkan pengaliran udara supaya fon kepala ini tidak berasa kepam apabila digunakan untuk jangkamasa lama.

Fon kepala G735 ini juga hadir dengan mikrofon yang boleh dicabut, dan boleh disambungkan ke komputer menggunakan sambungan Lightspeed Wireless, Bluetooth ataupun kabel 3.5mm dan sistem pencahayaan Lightsync boleh diubahsuai menggunakan perisian Logitech G Hub.

Dari segi jangkahayat bateri, ia boleh bertahan selama 15-16 jam apabila sistem pencahayaan diaktifkan, dan boleh bertahan sehingga 57 jam apabila ia dipadamkan.

Logitech Malaysia mengatakan bahawa kesemua aksesori-aksesori Logitech Aurora ini sudah ditawarkan di pasaran ini:

komen


© Amanz / 2022 Kami