Cari @ Amanz

Electronic Arts, syarikat disebalik permainan-permainan popular seperti FIFA Football, Battlefield, Apex Legends dan sebagainya berkemungkinan akan bernaung dibawah syarikat platform digital terkemuka Amazon tidak lama lagi.

Menurut beberapa laman media, EA dikatakan sedang mencari pembeli untuk mengambil-alih tampuk kepimpinan syarikat tersebut, dimana syarikat-syarikat media gergasi seperti Apple, Disney dan Amazon telah didekati untuk pengambilalihan tersebut.

Ura-ura terbaru mengatakan bahawa Amazon telah memasukkan bidaan pertama untuk mengambilalih EA, dimana jika benar, ia memberi syarikat tersebut akses kepada pelbagai IP permainan-permainan video yang popular seperti Dead Space, Dragon Age dan sebagainya.

Amazon sudahpun memasuki arena permainan komputer melalui MMORPG New World mereka, tetapi IP-IP lain ini juga memberi pilihan kepada Amazon untuk diolah semula sebagai siri televisyen untuk platform penstriman Amazon Prime mereka.

EA dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai bidaan tersebut tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd