CasiOak Logam G-SHOCK GM-B2100 Kini Di Malaysia Harga Bermula RM2645

Diterbitkan pada Ogos 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berita baik bagi peminat jam tangan “CasiOak” yang ikonik dari Casio kerana minggu ini siri G-SHOCK GM-B2100 yang diperbuat daripada logam akhirnya ditawarkan di pasaran Malaysia. Tiga model yang ditawarkan mempunyai tubuh dengan rekaan oktagon tradisional CasiOak dan diperbuat daripada bahan logam besi tahan karat.

Ini menggantikan bahan tahan lasak resin yang digunakan pada model-model terdahulu. Bahan logam tahan karat turut digunakan pada penutup belakang dan tali jam.Ia masih lagi tahan lasak dan boleh dibawa menyelam sehingga 20 meter. Jam tangan ini turut boleh mendapat kuasa dari matahari menerusi ciri ToughSolar.

Terdapat skrin LCD untuk memaparkan waktu secara digital. Sokongan bluetooth ke peranti pinta turut membolehkan waktu yang tepat diperiksa, memaparkan peringatan dan cir mencari telefon yang hilang dari jam. Harga ketiga-tiga model di Malaysia adalah seperti di bawah dengan ia boleh dibeli secara atas talian menerusi stor atas talian Casio atau menerusi rangkaian kedai fizikal G-Factory, dan G-Shock Store.

  • GM-B2100D-1ADR (Silver) – RM2,645
  • GM-B2100BD-1ADR (Black) – RM2,795
  • GM-B2100GD-5ADR (Rose Gold) – RM2,795

komen


© Amanz / 2022 Kami