Berbeza dengan laporan pada malam tadi, kini beberapa sumber mengatakan kepada CNBC yang mana Amazon tidak membida untuk mengambil-alih EA atau Electronic Arts.
Buat masa ini, pihak Amazon dan EA tidak mengeluarkan sebarang komen ke atas spekulasi dan desas-desus terbaru ini.
Sekiranya Amazon mengambil-alih EA, ia dijangka akan melengkapkan lagi portfolio permainan Amazon, mengintegrasikannya bersama Twitch, selain turut membolehkan EA menggunakan platform permainan awan Amazon dinamakan Luna. Disamping itu, Amazon juga dijangka menggunakan sejumlah IP pada EA untuk dijadikan filem.
Desas-desus terbaru ini hadir semalam, lanjutan daripada pengambil-alihan beberapa studio permainan oleh jenama besar, termasuk Microsoft mengambil-alih Activision Blizzard, Sony mengambil-alih Bungie, dan juga Take-Two mengambil-alih Zynga.