Jerman kini mempunyai sistem kereta api yang menggunakan sepenuhnya sel hidrogen di daerah Saxony. Kereta api Coradia iLint telah diuji sejak 2018 dan kini bersedia untuk digunakan secara meluas dengan 11 unit yang dikeluarkan oleh Alstom akan beroperasi menjelang penghujung 2022.

Kesemua kereta api hidrogen ini hanya akan mengeluarkan air sahaja semasa beroperasi sekaligus mengurangkan pencemaran. Sebanyak 15 kereta api diesel yang digunakan untuk laluan yang sama akan dihentikan operasinya.
Setiap kereta api mempunyai kemampuan bergerak sejauh 1000 kilometer sehari dengan tangki hidrogen hanya perlu diisi sekali sehari sahaja di dept. Ia mampu bergerak pada kelajuan 140 km/j tetapi dihadkan antara 80-120 km/j sahaja oleh operator Eisenbahnen und Verkehrsbetriebe Elbe-Weser (EVB).
Selain di Saxony, Alstom berkata mereka turut akan membekalkan kereta api yang sama ke Frankfurt serta Itali dengan beberapa ujian turut dilakukan di negara Eropah yang lain.
- Sumber
- Sumber – Alstom