Moderna Menyaman Pfizer-BioNTech Kerana Didakwa Melanggar Paten Vaksin Covid

Diterbitkan pada Ogos 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pandemik Covid-19 semakin berjaya dikawal dengan boleh dikatakan majoriti penduduk dunia tidak lagi takut dijangkiti penyakit yang boleh membawa maut ini. Pengenalan pelbagai vaksin membantu mengurangkan kerisauan orang ramai serta mengelakkan jumlah kematian daripada terus meningkat mendadak.

Moderna adalah antara syarikat terawal berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 yang diberikan nama Spikevax. Tetapi mereka telah memfailkan saman ke atas Pfizer-BioNTech kerana mendakwa vaksin keluaran syarikat tersebut melanggar paten mRNA yang dibangunkan oleh mereka. Moderna berkata Pfizer-BioNTech mengaut keuntungan sedangkan mereka membelanjakan kos yang tinggi mengembangkan teknologi mRNA. Kesemua teknologi ini telah dipatenkan antara 2010 dan 2016.

Pfizer-BioNTech dilaporkan mengaut pendapatan sekitar $22 bilion hasil dari penjualan vaksin mereka sedangkan Moderna sekadar mengaut $10 bilion. Selepas saman difailkan, Pfizer-BioNTech menafikan mereka menggunakan teknologi mRNA Moderna sebaliknya menggunakan teknologi rekaan mereka sendiri.

Moderna ingin Pfizer-BioNTech membayar royalti untuk pendapatan vaksin yang dijual selepas 8 Mac 2022 kecuali yang dijual kepada kerajaan Amerika Syarikat dan negara-negara yang tidak berkemampuan.

komen


© Amanz / 2022 Kami