Cari @ Amanz

Perdana Menteri Malaysia kini mengumumkan kerajaan akan menawarkan e-Baucar Program Jualan Malaysia bermula 30 Ogos 2022 sehingga 31 Disember 2022.

e-Baucar ini akan ditawarkan dalam usaha mengalakkan orang ramai menggunakan dompet digital dan transaksi jual-beli secara digital. Sejumlah RM2 juta diperuntukkan untuk tujuan ini.

Orang ramai boleh mula menebus baucar untuk Program Jualan Malaysia ini melalui aplikasi MySales Tracker KDPNHEP bermula 30 Ogos ini, dan menikmati diskaun ke atas sejumlah pembelian.

Aplikasi MySales Tracker sendiri disediakan dalam usaha memudahkan orang ramai untuk mengetahui pelbagai promosi dan jualan murah berdekatan sekitar radius 20 kilometer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd