Apple Dijangka Menambah Ciri Sambungan Satelit Pada iPhone 14
Aman
Apple pada minggu ini telah menjadualkan sebuah acara pada 8 September 2022 kelak, dimana mereka dijangka memperkenalkan iPhone 14 dan juga Apple Watch.
Melalui jemputan yang dipaparkan Apple pada laman mereka, ia menggunakan rekaan poster yang mengabungkan kerlipan bintang, serta rekaan seumpama angkasa.
Perkara ini sekaligus membawa kepada spekulasi iphone 14 akan menjadi yang terawal hadir dengan sokongan sambungan satelit. Apple dijangka menggunakan khidmat Globalstar untuk tujuan berkenaan.

Mengikut spekulasi awal, sambungan satelit ini dijangka digunakan untuk komunikasi kecemasan, membolehkan pengguna iPhone melaporkan kecemasan kepada pihak berkuasa, dan juga menghantar SMS kepada ahli keluarga terdekat melalui sambungan satelit – terutamanya di kawasan luar sokongan rangkaian telekomunikasi biasa.
Desas-desus berkaitan sambungan satelit ini telah kedengaran sejak setahun dua kebelakangan ini, dan mungkin kita akan melihatnya hadir pada iPhone 14 kelak.
[sumber]Sumber : Macrumors[/sumber]