Menteri Komunikasi dan Multimedia kini berkongsi perbincangan mengenai pegangan dan kepetingan pada DNB berjalan dengan baik, dan rundingan adalah lancar. Pemetaraian antara 6 syarikat telekomunikasi dan juga DNB akan diadakan pada 31 Ogos 2022 kelak.
SKMM juga akan mengadakan perjumpaan pada 29 Ogos ini dalam memutuskan beberapa terma berkaitan.
Seperti ramai sedia maklum, kerajaan menawarkan pegangan sebanyak 70% pada Digital Nasional Berhad kepada syarikat telekomunikasi – yang dibahagikan sama rata kepada 6 syarikat telekomunikasi.
Selesai sahaja pemetaraian semuanya, kerajaan dan DNB akan memfokuskan kepada perluasan perkhidmatan 5G, dan syarikat telekomunikasi pula dijangka akan mengaktifkan perkhidmatan 5G kepada para pengguna mereka.
- Sumber : Bernama