Samsung Dilaporkan Sedang Bangunkan Cip Tensor Generasi Baru Untuk Pixel 8
Aman
Mengikut laporan awal, kini ia dikatakan Google dan Samsung telah memulakan pembangunan cip Tensor generasi baharu untuk telefon pintar Pixel 8 tahun depan.
Samsung sedia menghasilkan cip untuk Google Tensor sebelum ini, dan tidak mengejutkan untuk Google sekali lagi memilih Samsung untuk pengeluaran cip Tensor.

Hal ini kerana hubungan Samsung dan Google yang agak baik, termasuk Samsung sendiri sebagai pengeluar peranti Android terbesar, dan menyumbang dalam pembangunan Wear OS.
Apa pun, ia tidak diketahui sama ada cip generasi baharu ini akan dapat menyaingi penawaran Qualcomm dan lain-lain atau sebaliknya.
Google sebelum ini memilih menghasilkan rekaan cip tersendiri, sekaligus memberikan mereka lebih kawalan dalam ciri-ciri, termasuk integrasi AI untuk pengambaran.
Buat masa ini, info penuh berkenaan spesifikasi dan ciri yang bakal disertakan masih tidak diketahui lagi.