Aplikasi Kamera Expert RAW Kini Boleh Digunakan Samsung Galaxy Z Fold4
August 28, 2022
Fotografi
Samsung
Effi Saharudin
Aplikasi kamera Expert RAW kini boleh digunakan pada Galaxy Z Fold4. Aplikasi telah dikemaskini pada 25 Ogos lalu membawakan sokongan untuk peranti skrin boleh-lipat terkini keluaran Samsung.

Expert RAW membawakan pelbagai pilihan kawalan yang lebih terperinci bagi peminat fotografi yang ingin mengawal pelbagai parameter kamera peranti Samsung. Ia hanya ditawarkan kepada peranti mercu Samsung. Sokongan untuk Z Flip4 masih belum diberikan tetapi sebelum ini ia diberikan kepada Z Flip3 maka kemungkinan ia akan turut disokong adalah tinggi dalam masa terdekat.
[download] Muat turun aplikasi Expert RAW dari Galaxy Store [/download]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.