Cari @ Amanz

Nilai mata wang kripto Bitcoin menjunam bawah RM90,000 untuk 1 Bitcoin. Ketika artikel ditulis nilai Bitcoin adalah sekitar RM89,000. Penurunan mendadak ini memadam peningkatan nilai Bitcoin sejak awal bulan ini yang mencecah nilai RM108,720 pada 13 Ogos yang lalu.

Sebab nilai Bitcoin jatuh kali ini masih belum jelas. Tetapi nilainya secara konsisten menurun dengan hanya minggu lalu ia menjunam bawah RM95,000 selepas meningkat untuk seketika yang dilihat sebagai tanpa pemulihan pasaran. Seperti biasa penurunan harga Bitcoin turut menyebabkan mata wang kripto utama lain turut terjejas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd