Cari @ Amanz

Dell semalam secara rasmi mengumumkan mereka akan menutup perniagaan di Rusia. Tindakan diambil kerana kerana Rusia menyerang Ukraine sejak Februari lalu dan sehingga kini konflik masih belum menunjukkan akan berakhir dalam masa terdekat.

Syarikat teknologi dari Amerika Syarikat ini mempunyai pegangan yang besar dalam perniagaan pelayar komputer di Rusia. Sebelum penarik dari pasaran Rusia, mereka telahpun menghentikan jualan, sokongan perisian serta perkhidmatan bantuan teknikal ke atas produk di Rusia, Belarus, serta kawasan Donetsk serta Luhansk yang telah ditawan.

Menurut Kementerian Industri Rusia, kesemua kakitangan kejuruteraan dan penyelidikan Dell telahpun menerima tawaran kerja selepas Dell menutup perniagaan mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd