U Mobile Kini Papar Rangkaian 5G Akan Datang Pada Peta Liputan

Diterbitkan pada Ogos 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

U Mobile kini mengemaskini halaman peta liputan mereka, sekaligus memperlihatkan sokongan rangkaian 5G yang akan hadir tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak U Mobile tidak menyatakan bilakah akan memperkenalkannya. Tetapi, mengikut perkembangan, ia dilihat pelbagai syarikat telekomunikasi dalam fasa perbincangan akhir bersama DNB, dan penawaran liputan dijangka akan ditawarkan bermula September kelak.

Melalui peta liputan yang dipaparkan, buat masa ini, hanya lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja dipaparkan sebagai akan datang dibawah U Mobile. Peta liputan ini mungkin dikemaskini apabila mereka bersedia menawarkan rangkaian mereka kepada umum tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami