Menerbangkan Dron Dilarang Ketika Sambutan Hari Kemerdekaan 2022 Di Dataran Merdeka

Diterbitkan pada Ogos 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) telah mengeluarkan peringatan bahawa orang ramai dilarang dari menerbangkan dron tanpa kebenaran ketika sambutan hari kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Merdeka tahun ini.

Larangan dikeluarkan atas faktor keselamatan kerana pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terbang rendah di ruang udara Dataran Merdeka pada acara tersebut. Bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, larangan ini dikeluarkan.

Pengendalian aktiviti dron di Malaysia tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).

komen


© Amanz / 2022 Kami