Cari @ Amanz


Perdana Menteri hari ini mengumumkan Tenaga Nasional Berhad akan bekerjasama dengan MySuri Biz Technologies dalam menyediakan sekitar 1000 unit teksi elektrik di Malaysia.

Buat masa ini, tidak banyak yang diketahui berkenaan MySuri Biz Technologies. Daripada semakan kasar, ia dilihat mereka sedia menerbitkan beberapa aplikasi, termasuk salah satunya dinamakan sebagai Teksiku, selain Alladin yang turut menawarkan ciri tempahan seru-pandu.

Untuk TNB sendiri, mereka sedia memfokuskan dalam arena ini, termasuk ingin hadir dengan stesen pengecasan kenderaan elektrik. TNB sebelum ini juga sedia bekerjasama dengan beberapa pihak untuk tujuan arena kenderaan elektrik ini.

Langkah pengenalan teksi elektrik ini dijangka menjadi salah satu titik tolak dalam menyokong usaha penyahkarbon negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd