Google Memperkenalkan SDK Baru Untuk Memudahkan Perkongsian Data Antara Peranti

Diterbitkan pada Ogos 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di acara Google I/O pada pertengahan tahun ini, Google telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah kit pembangunan perisian yang membolehkan pembangun aplikasi untuk membangunkan perisian dan fungsi yang membolehkan data dikongsi antara peranti yang mudah.

Dinamakan Cross device SDK, kit pembangunan ini akan memudahkan pembangun untuk mengakses API perkongsian data nirwayar melalui teknologi-teknologi seperti Bluetooth, WiFi dan Ultra Wide Band dan membolehkan pengguna untuk menggunakan pelbagai jenis aplikasi dengan fungsi seakan Nearby Share.

Kit pembangunan ini membolehkan pembangun untuk menambahkan fungsi-fungsi seperti perkongsian data antara aplikasi/peranti jarak dekat dan membuka aplikasi yang sama pada dua peranti dengan keadaan yang sama dan juga membolehkan data diselarikan diantara peranti-peranti berbeza ini, seperti apa yang ditawarkan melalui Apple Notes.

Google melalui API mereka akan memudahkan penggunaan fungsi seperti sambungan selamat dan peralihan tugasan dari peranti-ke-peranti. Developer Preview untuk Cross device SDK ini sudahpun mula ditawarkan bermula beberapa untuk peranti-peranti pintar dan tablet Android dan akan ditawarkan untuk peranti Android dan bukan Android yang lain tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami