Cari @ Amanz

Selepas beroperasi sekitar lima tahun, kini Level51 PC mengumumkan penjenamaan semula kepada AfterShock PC Malaysia.

Dengan penjenamaan semula ini, ia sekaligus menyelarikan operasi syarikat berkenaan di Malaysia, Singapura dan Australia dibawah satu jenama yang sama.

Level51 PC sebelum ini terkenal dengan penawaran membolehkan menyesuaikan binaan PC mengikut permintaan pengguna. Disamping itu, kini mereka turut memperluaskan penawaran meliputi sejumlah produk baharu.

Peralihan dan proses penjenamaan ini dijangka akan mengambil masa beberapa minggu sebelum menggunakan jenama AfterShock sepenuhnya selepas ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd