Cari @ Amanz

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-65. Secara lazimnya Hari Merdeka disambut dengan perarakan di seluruh negara. Tahun ini bagi yang mahukan perayaan yang lebih unik, anda boleh menyambut Hari Merdeka dalam dunia metamesta Merdekaverse.

Dalam dunia maya 3D ini, beberapa acara akan dilakukan termasuk lakonan semula detik Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 dan juga menikmati nyanyian lagu 31 Ogos oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Avatar 3D Tunku dan Sudirman akan dapat dilihat dalam Merdekaverse.

Selain ini sepanjang tempoh 20 hari sehingga 16 September kelak, pelbagai aktiviti akan dilakukan dalam Merdekaverse dengan orang ramai dijemput untuk merayakan bulan kemerdekaan ni dalam dunia maya. Dunia Merdekaverse boleh dilawati sekarang menerusi laman web di bawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd