Carian
Akhirnya! Kini Anda Boleh Muat-Turun Penyata Setiap Bulan Akaun Simpanan Dari Maybank2U
August 29, 2022 Aman

Maybank hari ini mengumumkan kini para pengguna boleh memuat-turun penyata bulanan untuk akaun simpanan melalui web Maybank2U. Dengan langkah ini, anda boleh memuat-turun penyata ikut sesuatu bulan, dan tidak lagi perlu memuat-turun tiga bulan sekali seperti sebelum ini.

Untuk memuat-turun penyata bulanan, anda hanya perlu log masuk web Maybank2U. Seterusnya, pilih akaun simpanan atau Savings Account.

Tatal ke bawah, dan klik pada View Statement. Seterusnya pilih tarikh, dan boleh pilih sama ada untuk melihatnya sahaja, atau memuat-turun penyata bulanan berkenaan.

Buat masa ini, Maybank2U hanya menyokong penyata bulanan dari Julai 2022 dan ke atas untuk dimuat-turun.

Komen