Carian
Kad Grafik Intel Arc A380 Kini Boleh Digunakan Untuk Melombong Ethereum
August 29, 2022 Nazrin

Nanominer, pembangun perisian melombong kriptowang baru-baru ini telah membangunkan perisian melombong yang membolehkan kad grafik Intel Arc A380 untuk melombong kriptowang Ethereum.

Dengan perisian ini, jika anda salah seorang daripada sejumlah kecil pemilik sebuah kad grafik Intel tersebut, anda boleh melombong 10.2 MH/s Ethereum dengan penggunaan kuasa 75W. Kadar lombongan ini tidaklah begitu baik, kerana anda boleh mendapatkan kadar melombong lebih baik dengan kad-kad grafik NVIDIA siri RTX 3000 dengan penggunaan kuasa yang sama.

Ini adalah kerana kad grafik ini hadir dengan jumlah teras yang rendah dan lebar jalur yang tidak begitu besar dan juga bergantung kepada saiz Directed Acyclic Graph (DAG) yang akan dimuatkan kepada VRAM kad grafik ini, ia mungkin tidak boleh melombong kriptowang tersebut, hanya Ethereum Classic.

Oleh kerana ini, pembangun Nanominer mengatakan bahawa kad grafik ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai pelombong kriptowang utama, dan sokongan hanya diberikan untuk melombong Ethereum sebagai konsep bahawa ia boleh melakukannya.

Komen