Cari @ Amanz

Sebanyak 20 daripada 30 bandar dengan pencemaran udara terburuk dunia terletak di India. Lebih tragis 9 daripada 10 bandar dengan pencemaran udara terburuk juga terletak di India. Ianya sungguh teruk sehingga mengakibatkan kematian dan pelbagai penyakit kepada penduduk. Menyedari hakikat ini, PUROS sebuah topi keledar dengan penapis udara terbina telah dihasilkan di India.

PUROS direka oleh firma Shellios yang berpangkalan di New Delhi. Ia dilengkapi penapis HEPA yang boleh memerangkap partikel udara sebesar PM 2.5. Kesemua sistem penapis diletakkan di bahagian belakang topi keledar dengan ia menggunakan bateri boleh dicas semual sebagai sumber kuasa.

Setiap topi keledar adalah seberat 1.5 kilogram yang setanding dengan berat topi keledar muka penuh di pasaran sekarang. Sistem bluetooth pula akan memberitahu pemakai bilakah penapis perlu ditukar. Di masa hadapan Shellios ingin menambah ciri audio untuk melakukan panggilan suara dan sistem pendingin hawa terbina pula.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd