Cari @ Amanz

WhatsApp ialah aplikasi yang sangat penting di India. Dengan hampir 400 juta pengguna aktif harian di India, ia dengan mudah menjadi negara yang paling penting buat WhatsApp. Kesemua jenis urusniaga dapat dilakukan menerusi WhatsApp di India dan hari ini pengguna boleh melakukan pesanan barangan runcit terus dari dalam aplikasi.

Meta bekerjasama dengan Jiomart untuk menawarkan perkhidmatan pembelian hujung-ke-hujung pertama WhatsApp. Pembelian boleh dilakukan oleh pengguna dengan hanya menghantar chat ke nombor milik Jiomart dari dalam aplikasi. Ini bukan kerjasama pertama antara Meta dan Jio. Sebelum ini mereka menawarkan sambungan internet mampu milik serta Meta melakukan pelaburan ke dalam Jio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd