Di Jepun jumlah pekerja muda semakin berkurangan sehingga teknologi robot telah digunakan di rangkaian Family Mart dan Lawson untuk meletakkan stok dalam kedai. Bagi pekerja sedia ada pelbagai eksorangka juga telah dicipta bagi membantu melakukan tugasan berat. Sebuah sut telah mula dijual di Jepun dengan ia direka untuk mengelakkan kecederaan tulang belakang pada pekerja yang melakukan tugas di gudang.

Yang menjadikan sut ini menarik ialah ia bertemakan anime terkemuka Neon Genesis Evangelion. Sut mempunyai pemegang pada dada, kaki dan bahu. Ia memastikan postur tubuh adalah betul ketika mengangkat barang. Tiada motor elektrik atau kerangka keras digunakan sut yang diberi nama rasmi A.T. Field Darwing Hakobelude Light Eva Test Type Mode dengan ia hanya seberat 660 gram.

Syarikat Daiya yang membangunkan sut ini menjualnya pada harga 82,500 Yen (~RM2673) sebuah.
- Sumber
- Sumber – Daiya