Twitter kini menguji paparan kandungan dalam bentuk skrin penuh pada tab “Explore”, pada Android dan iOS.

Dengan langkah ini, ia menawarkan bentuk paparan baharu kepada pengguna – lebih kurang menyerupai TikTok, Sarwa dan beberapa aplikasi lain.
Buat masa ini, Twitter mengatakan ia sekadar ujian terhad, dimana melibatkan sejumlah pengguna – dan ingin melihat maklumbalas terlebih dahulu sebelum memperluaskannya.
Bagi anda sendiri, apakah anda gemar paparan skrin penuh seperti pada Twitter baharu ini?