Carian
Asus Menjadualkan Pelancaran ROG Phone 6D Ultimate Pada 19 September
August 29, 2022 Aman

Asus hari ini mengesahkan mereka akan melancarakn telefon Asus ROG Phone 6D Ultimate pada 19 September 2022.

Telefon pintar ini akan dilengkapi dengan cip MediaTek Dimensity 9000+ – selain dijangka menawarkan pengalaman dan penawaran lebih kurang sama seperti model ROG Phone 6 yang biasa. Sebelum ini, Asus sedia menawarkan dua model telefon, iaitu ROG Phone 6 dan juga ROG Phone 6 Pro.

Sama-sama kita nantikan apakah lagi perkara baharu yang akan dibawakan model telefon pintar ROG Phone 6D Ultimate ini melalui pelancaran rasminya pada pertengahan bulan hadapan.

Komen