Carian
Apa Yang Telefon Lipat Boleh Tawarkan Berbanding Telefon Biasa? 
September 19, 2022 Ikhwan Nazri

Terkadang kita memikir, kenapakah rekaan yang menjadi kebiasaan, iaitu rekaan rata sebuah telefon pintar kadangkala dicabar oleh model yang membawakan rekaan berlainan.

Jika anda sama usianya dengan penulis, pastinya tahun model-model telefon dahulukala yang hadir dalam pelbagai bentuk. Antaranya cangkerang (clamshell) yang melindungi papan kekunci dan juga paparan, atau bentuk Flip yang turut popular pada satu masa dahulu.

Tahun ini Samsung telah memperkenalkan edisi keempat dalam siri Z Fold/Flip mereka dengan teknologi skrin boleh lipat. Agak tidak adil meletakkan keluarga Z Fold dan Flip sama seperti telefon flip dahulukala kerana teknologi penghasilan skrin sekarang boleh dilipat, tidak seperti dahulu.

Maka dengan teknologi ini juga ia memberikan dimensi penggunaan berlainan antara telefon boleh lipat, dengan telefon bentuk biasa. 

Lebih Paparan Dan Ruang Bekerja 

Salah satu perkara paling jelas adalah kebanyakan telefon pintar dengan skrin boleh lipat menawarkan lebih ruang paparan antaramuka. Ini sekaligus memudahkan multi-tugasan. 

Jika telefon bersifat candybar hanyalah mempunyai paparan menegak atau melintang, bergantung kepada satah penggunaan, telefon boleh lipat terutamanya Galaxy Z Fold4 mempunyai hampir 2 kali ganda permukaan. 

Jadi anda boleh melihat sesuatu dokumen, sambil menyunting gambar di panel sebelah, atau melancarkan tetingkap terapung (floating window) bagi menjalankan satu lagi aplikasi, menambah keupayaan multi-tugasan sehingga 3 aplikasi berjalan serentak. Dan jika anda inginkan kawalan yang lebih persis dan jitu, ia turut menyokong S Pen untuk digunakan bersama. 

Paparan Fold4 dengan papan kekunci QWERTY

Jika anda pernah menggunakan telefon dengan papan kekunci fizikal, anda tentunya sukakan Galaxy Z Fold4 ini kerana paparan yang besar cukup untuk memuatkan papan kekunci QWERTY. 

Jadi jika anda tidak perlu bersusah payah mengeluarkan komputer kerana Galaxy Z Fold4 tersebut dapat menyenangkan urusan yang memerlukan papan kekunci. Malah dengan fungsi lain yang terdapat pada peranti ini, seperti kamera berprestasi tinggi bagi merakam gambar dan video, pastinya anda juga dapat melakukan sebarang urusan kerja mudah dengannya. 

Fungsi ini tidak dapat digunakan dengan efisien pada telefon rekaan candybar kerana mungkin ruang yang tidak mencukupi, atau pengalaman menaip tidak sehebat apa yang Galaxy Z Fold4 dapat tawarkan.

Paparan Infinity Flex Display 7.6” Dengan 120Hz

Salah satu pembaharuan dibawakan oleh Galaxy Z Fold4 adalah bingkai dalamannya yang lebih nipis, menambah ruang paparan yang wujud. Dengan keluasan 7.6 inci, anda dapat menonton video serta bermain permua dengan pengalaman yang lebih mengasyikkan. 

Dan berita baik untuk penggemar permua, Galaxy Z Fold4 ini bukan sahaja dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan 12GB RAM, malah paparannya turut menyokong kadar segar semula yang tinggi, iaitu 120Hz. Justeru pengalaman permainan akan menjadi sangat lancar tiada sebarang cacat cela.


Jelas sekali meskipun terdapat pelbagai telefon pintar boleh lipat yang bersaing dengan telefon berbentuk bar, terdapat pelbagai keunikan dan nilai yang Samsung tawarkan menerusi Galaxy Fold4 mereka.

Samsung Galaxy Z Fold4 dan juga Galaxy Z Flip4 boleh ditempah di seluruh cawangan pengedar rasmi Samsung Malaysia, atau menerusi halaman web mereka. 

Penafian: Advertorial dari Samsung

Komen