India Membatalkan Hasrat Mengharamkan Jualan Peranti Bawah RM670 Dari China

Diterbitkan pada Ogos 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Awal bulan lamu muncul laporan Indian mempertimbangkan untuk mengharamkan jualan peranti bawah 12000 Rupee (~RM670) dari China. Ini adalah bagi menghalang pengeluar China daripada menjual peranti pada segmen berspesifikasi rendah yang bersaing dengan peranti keluaran tempatan.

India

Tetapi semalam Kementerian Teknologi Maklumat mengesahkan kerajaan India kini tidak mempunyai hasrat untuk mengharamkan peranti murah dari China. Sebaliknya peranti keluaran syarikat tempatan seperti Micromax dilihat mampu bersaing tanpa diberikan perlindungan dari kerajaan.

Seperti di Malaysia, pasaran telefon mudah alih didominasi oleh pengeluar dari China. Situasi yang kurang menyenangkan kerana India dan China mempunyai hubungan tegang selepas berlaku pertelingkahan antara tentera kedua-dua negara di sempadan Himalaya.

komen


© Amanz / 2022 Kami