Cari @ Amanz

Kolam renang ialah simbol kemewahan di China. Kerana pandemik jumlah kolam renang di Perancis dianggarkan meningkat 30% pada tahun 2021. Tetapi ia juga akan meningkatkan cukai hartanah yang perlu dibayar maka ramai yang cuba mengelak dengan tidak mengisytiharkannya dengan LHDN Perancis.

Oleh itu pihak LHDN Perancis telah menggunakan kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh Google dan Capgemini bagi mengesan kolam renang yang tidak diisytiharkan oleh pemilik. Kecerdasan buatan ini mengesan kewujudan kolam renang di kawasan rumah menerusi gambar yang diambil dari udara.

Sehingga kini 20,356 kolam renang yang cuba mengelak telah berjaya dikesan. Di Perancis sebuah kolam sebesar 30 meter persegi akan dikenakan cukai €200 (~RM896) setahun dengan pemilik perlu mengisytiharkannya 90 hari selepas siap dibina.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd